Petikan "Perpaduan Asas Kejayaan"
Rujukan:
Asrul Ilham Sany. (2013). Perpaduan Asas Kejayaan. In Azizul Rahman Abdul Rahman et.al.,Wadah Siswa (pp. 4-6). Subang Jaya: CP Stationery Sdn. Bhd.
Kesalahan
|
Ayat Betul
|
Perpaduan mampu melahirkan
kelebihan-kelebihan yang bersifat positif, namun, kelebihan yang paling manis sekali ialah perpaduan
dapat membuahkan kejayaan bukan sahaja kepada diri remaja sendiri tetapi juga
kepada seluruh komuniti.
|
Perpaduan mampu melahirkan
kelebihan-kelebihan yang bersifat positif, namun, kelebihan yang paling manis / manis sekali ialah
perpaduan dapat membuahkan kejayaan bukan sahaja kepada diri remaja sendiri
tetapi juga kepada seluruh komuniti.
|
Ayat pertama
|
Sebaliknya, kita perlu berikan
perhatian kepada semua pelajar yang .
kita kenali dan memerlukan bantuan kita.
|
Ayat kedua
|
Sumbangkan dan bantulah
pelajar-pelajar lain . untuk
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
|
Ayat ketiga
|
Aktiviti yang sering kali
dianjurkan oleh kumpulan pengakap seperti perkhemahan, memerlukan kerjasama . yang erat bagi menjamin tiada
berlakunya sebarang kemalangan sepanjang aktiviti berlangsung.
|
Kesalahan Ejaan
|
Ayat betul
|
Namun, harus diingatkan, pergaulan anatara kawan haruslah bersifat
positif dan dapat membantu pelajar dalam menjana kehidupan yang lebih baik.
|
Namun, harus diingatkan, pergaulan antara
kawan haruslah bersifat positif dan dapat membantu pelajar dalam menjana
kehidupan yang lebih baik.
|
Sebaliknya, perpaduan haruslah
diperkembangkan sehingga pelajar meninggalkan sekolah untuk memasuki alam
masyarakat yang lebih luasdan kemudian
diperturunkan kepada generasi yang baharu pula.
|
Sebaliknya, perpaduan haruslah
diperkembangkan sehingga pelajar meninggalkan sekolah untuk memasuki alam
masyarakat yang lebih luas dan kemudian diperturunkan kepada generasi yang
baharu pula.
|
Apabila sesuatu yang cantik seperti mural itu
dihasilkan, bukankan apa yang
dihasilkan juga satu bentuk kejayaan?
|
Apabila sesuatu yang cantik seperti mural itu
dihasilkan, bukankah apa yang
dihasilkan juga satu bentuk kejayaan?
|
Ayat 1
|
|
Contohnya, jika pelajar mempunyai bakat dalam
bidang lukisan, catan atau mural dan ingin memberikan sumbangan kepada
sekolah dengan menggunakan bakat tersebut, pelajar boleh menawarkan diri
sendiri untuk mencantikkan sekolah dengan melukiskan mural.
|
|
Kesalahan
|
melukiskan
|
Ayat Betul
|
Contohnya,
jika pelajar mempunyai bakat dalam bidang lukisan, catan atau mural dan ingin
memberikan sumbangan kepada sekolah dengan menggunakan bakat tersebut,
pelajar boleh menawarkan diri sendiri untuk mencantikkan sekolah dengan melukis mural.
|
Ayat 2
|
|
Apabila para pelajar dapat mempupuk daya perpaduan antara satu
sama lain, maka guru-guru sendiri akan turut menghormati serta lebih berusaha
untuk menjadikan pelajar-pelajar di bawah didikan atau ajarannya lebih
berjaya.
|
|
Kesalahan
|
mempupuk
|
Ayat Betul
|
Apabila para pelajar dapat memupuk daya perpaduan antara satu
sama lain, maka guru-guru sendiri akan turut menghormati serta lebih
berusaha…
|
Ayat
|
|
Kemalangan atau bencana tidak hanya terjadi apabila pelajar keluar
dari sekolah sahaja.
|
|
Ayat Betul
|
Kemalangan atau bencana tidak hanya terjadi apabila pelajar keluar
dari sekolah.
|
Kemalangan atau bencana tidak
terjadi apabila pelajar keluar dari sekolah sahaja.
|
|